Saturday, October 24, 2009

Senarai Nama Ketua-ketua Jelujur

Ketua-ketua Jelujur (Kuala Lumpur)

1. En Mohd Badruldin bin Hj Anuar (HAK1)

2. En Khairul Halimi bin Abd Halim (HAK1)

3. Pn Yusnah bt Yusof (HAK2)

4. Pn Rahani bt Mohd Zain (HAK3)

5. Pn Nazimah bt Abdullah (HAK4)

6. En Khairul Annuar bin Ali (HAK5)

7. En Mohd Ridhwan bin Mohd Nor (HAK6)

8. En Aman Rasyidi bin Mohd Noor (HAK7)

9. Cik Amni bt Najib (HAK8)

10. En Mohd Fadhli bin Yusoff (HAK9)

11. En Mohd Hazli bin Ghazali (BBT)

12. En Wan Syazwan bin Wan Ismail (GK)

13. Cik Norsakinah bt Roslan (KM)

14. En Md Roslan bin Abd Ghani (LG)

15. En Kamaluddin bin Ismail (MT)

16. Pn Moonyati bt Salleh (PG)

17. En Mohd Mustaqim bin Ibrahim (PN)

18. En Rosli bin Kassim@Salleh (PNB)

19. En Abd Aziz bin Daud (PNB)

Ketua-ketua Jelujur (Kota Bharu)

1. En Ahmad Fauzi bin Mustapha (HAK 1)

2. En Wan Adnan bin Abd Hamid (HAK 1)

3. Pn Khadijah bt Omar (HAK 2)

4. En Mat Hassan bin Hj Ahmad (HAK 3)

5. Pn Che’ Som bt Abdullah (HAK 4)

6. En Wan Zainalam bin Wan Yusoff (HAK 5)

7. En Abdullah bin Mat Nor (HAK 6)

8. Pn Wan Ruzuna bt Wan Ibrahim (HAK 7)

9. En Mukhtar bin Daud (HAK 8)

10. En Azhar bin Hussin (HAK 9)

11. En Yunus bin Hussin (BBT)

12. En Ilias bin Ismail (KM)

13. Pn Maidah bt Yahya (LG)

14. En Abd Fattah bin Ismail (MT)

15. En Mohd Nasir bin Awg Hamat (PG)

16. YM Tengku Amran bin Ku Mat (PN)

17. En Mohd Noor bin Yusoff (PNB)

Bengkel Penerangan Kepada Ketua-Ketua Jelujur

MASWAPEM telah dimulakan pada tahun 2005 dan hingga kini sudah banyak membuahkan hasil dalam berbagai bentuk kegiatan yang memberi manafaat kepada semua anak cucu keturunan Haji Awang Kemachi dan anak cucu Wan Puteh Mentuan. Kemuncak kepada kejayaan tersebut ialah tertubuhnya KAKPEM BHD. Demi untuk meneruskan kejayaan demi kejayaan maka penglibatan semua anak cucu kedua-dua keturunan ini hendaklah dilipatgandakan. Maka untuk mencapai hasrat tersebut satu bengkel setengah hari telah diadakan pada:

Tarikh : 4 Oktober 2009 (Ahad)
Masa : 8.30pg – 1.00 tgh
Tempat : 20, Jln Kent 1,Off Semarak, 54000 Kuala Lumpur

Program ini diadakan dengan tujuan berikut:
a) Memantapkan peranan Ketua Jelujur selaku jentera utama MASWAPEM.
b) Setiap Ketua Jelujur memahami tugas dan peranan mereka.
c) Mampu dan tahu menjalankan/memainkan peranan bagi setiap
program yang akan dilaksanakan
kepada ahli-ahli MASWAPEM supaya
tercapai matlamatnya.
d) Menjadi penggerak utama dalam menyampaikan maklumat dan berita
terkini dari badan-badan induk kepada ahli-ahli MASWAPEM.
e) Perantara
ahli dan MASWAPEN dalam membina satu badan yang mantap.

Alhamdulillah program kali ini mendapat sambutan yang amat memberansangkan daripada hampir semua Ketua-ketua Jelujur.

Sebanyak lima penerangan telah diberikan kepada peserta seperti berikut:

1. Penerangan Latarbelakang dan Sejarah MASWAPEM (Pn.Hjh Siti Aishah Mat Ali)

2. Peranan dan Tanggungjawab Ketua Jelujor (Tn Hj.Ab Hadi Che Chik )

3. Penerangan Khas:

1.Keahlian MASWAPEM dan KAKPEM (Pn Hjh Rohani Mohd Zin)

2. Laman Web MASWAPEM & KAKPEM (En Mohd Zuhdin Muhammad)

3. Aktiviti Tahunan MASWAPEM & KAKPEM (En.Aswadi Ismail)

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada ahli jawatan kuasa penganjur program terutama kepada Pn Hjh Siti Aishah dan Tn Hj. Ab Hadi. Juga ucapan terima kasih kepada Ketua-ketua Jeluar dan semua yang terlibat, yang sudi melapangkan masa demi silaturrahim keluarga.

Wassalam.

SALASILAH KELUARGA

Biografi Haji Awang Kemachi

Nama sebenarnya ialah Haji Awang @ Haji Wan Nawang Bin Haji Ismail Bin Ludin. Keturunannya dikatakan berasal dari satu daerah di Yunan, Tanah Besar China. Dilahirkan di sekitar tahun 1864 dan meninggal dunia pada tahun 1924 dalam usia kira-kira 60 tahun.

Berbekalkan ilmu dan perwatakan yang terpuji, beliau diberi kepercayaan dan dilantik sebagai Imam Mukim Binjai pada tahun 1894 dalam usia yang masih muda iaitu sekitar 30an.
Di kalangan penduduk setempat, Al-Marhum Haji Awang dikenali sebagai seorang dermawan dan menjadi tempat rujukan bagi menyelesaikan pelbagai masalah setempat mereka. Tapak di mana tertegaknya Sekolah Kebangsaan Mentuan, Kubang Kerian adalah tanah warisan Al-Marhum. Selain daripada menjadi Imam mukim, Al Marhum juga terkenal sebagai pakar dalam bidang Ilmu Faraid. Beliau sering berulang-alik dari rumahnya di Kemachi ke Pejabat Kadi Kota Bharu bagi menyelesaikan kes berkenaan dengan harta pusaka.

Al-Marhum mempunyai empat orang isteri. Hal perkongsian hidup dengan isteri pertama yang bernama Mek, beliau dikurniakan empat cahaya mata iaitu; 1. Kalthom @ Domek, 2. Ahmad, 3. Zainab dan 4. Said. Dengan isteri kedua yang bernama Mek Puteh dikurniakan seorang puteri 5. Fatimah, manakala dengan isteri ketiga yang bernama Fatimah lahir pula seorang anak perempuan bernama 6. Mariam. Dengan isteri keempat beliau yang bernama Wan Mas mendapat tiga orang cahaya mata iaitu 7. Abd Rahman, 8. Daud dan yang bongsu 9. Sepiah

(Disediakan oleh Tn Hj Rapie bin Daud, cucu Al-Marhum Haji Awang Kemachi)