Tuesday, February 8, 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2011/1432 H

Dengan hormatnya dijemput semua keluarga Keturunan Haji Awang Kemanchi dan Wan Puteh Mentuan (MASWAPEM ) ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2011/1432 H sebagaimana maklumat di bawah:

Tarikh : 15 Feb. 2011 (Selasa) bersamaan 12 Rabiul Awal 1432H

(Cuti umum Maulidur Rasul)


Masa : 10:00 pagi hingga 2:00 petang

Tempat : No 20 Jalan Kent 1

Off Jalan Semarak

54000Kuala Lumpur

Aturcara :

0900 Ketibaan para jemputan

1030 Bacaan Doa oleh Ustaz Tuan Haji Ibrahim Bin Omar

Ucapan Alu-aluan

Persembahan Nasyid oleh PERSATUAN KEBAJIKAN DARUL NAJJAH

KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

Acara Keluarga

1100 Tazkirah oleh Ustaz Abdullah Bukhari B. Abdul Rahim Al-Hafiz (UIAM)

MEMBINA KEMULIAAN DIRI MELALUI IBADAT SOLAT

1200 Jamuan Makan Tengahari

1400 Solat Zohor /Majlis Bersurai.

Sukacita jika dapat tuan/puan/encik/cik memberi jawapan (kehadiran/tidak hadir) melalui e- mail sham_ad90@yahoo.com kepada Zainor Sham Bin Abdullah pada/sebelum Ahad 13 Feb. 2011.

Walaubagaimanapun sekiranya pihak tuan/puan/cik/encik tidak berkesempatan memberikan jawapan, kehadiran semua masih kami hargai dan alu-alukan.

Sekian ,
Saya dengan hormat,

Zainor Sham Bin Abdullah

(Pengurus Majlis)

SALASILAH KELUARGA

Biografi Haji Awang Kemachi

Nama sebenarnya ialah Haji Awang @ Haji Wan Nawang Bin Haji Ismail Bin Ludin. Keturunannya dikatakan berasal dari satu daerah di Yunan, Tanah Besar China. Dilahirkan di sekitar tahun 1864 dan meninggal dunia pada tahun 1924 dalam usia kira-kira 60 tahun.

Berbekalkan ilmu dan perwatakan yang terpuji, beliau diberi kepercayaan dan dilantik sebagai Imam Mukim Binjai pada tahun 1894 dalam usia yang masih muda iaitu sekitar 30an.
Di kalangan penduduk setempat, Al-Marhum Haji Awang dikenali sebagai seorang dermawan dan menjadi tempat rujukan bagi menyelesaikan pelbagai masalah setempat mereka. Tapak di mana tertegaknya Sekolah Kebangsaan Mentuan, Kubang Kerian adalah tanah warisan Al-Marhum. Selain daripada menjadi Imam mukim, Al Marhum juga terkenal sebagai pakar dalam bidang Ilmu Faraid. Beliau sering berulang-alik dari rumahnya di Kemachi ke Pejabat Kadi Kota Bharu bagi menyelesaikan kes berkenaan dengan harta pusaka.

Al-Marhum mempunyai empat orang isteri. Hal perkongsian hidup dengan isteri pertama yang bernama Mek, beliau dikurniakan empat cahaya mata iaitu; 1. Kalthom @ Domek, 2. Ahmad, 3. Zainab dan 4. Said. Dengan isteri kedua yang bernama Mek Puteh dikurniakan seorang puteri 5. Fatimah, manakala dengan isteri ketiga yang bernama Fatimah lahir pula seorang anak perempuan bernama 6. Mariam. Dengan isteri keempat beliau yang bernama Wan Mas mendapat tiga orang cahaya mata iaitu 7. Abd Rahman, 8. Daud dan yang bongsu 9. Sepiah

(Disediakan oleh Tn Hj Rapie bin Daud, cucu Al-Marhum Haji Awang Kemachi)