Wednesday, November 4, 2009

Salam dari En Wan Mohamed Adnan (Ketua Jelujur HAK1 Kelantan)

Assalamualaikum wrb.,

Semua usrah yang jauh dan dekat didoakan sentiasa berbahagia semuanya.Ini kali pertama Nan masuk ke laman ini setelah dimaklumkan semasa taklimat kelmarin di Kota Bharu, alhamdulillah dan terima kasih kepada MakSah dan AJK semua.
Dikesempatan ini, Nan hulurkan ucapan selamat berangkat menunaikan ibadah HAJI 1430H kepada semua usrah, semoga beroleh HAJI MABRUR, Insyaallah.
Jika ada masa terluang atau memerlukan sedikit bantuan semasa di Madinah,cuba lah hubungi anaknda Nan yang kini belajar di Univ.Islam Madinah (Tahun 3 Kuliah Hadis)..Wan Ahmad Ikmal, tel.+966560634013 ,semoga dia dapat membantu dan merapatkan tali silaturrahim.
Untuk semua usrah, Selamat Menyambut EidilAdha, maaf Lahir Batin, Wassalam.

Wan Mohamed Adnan Ab.Hamid
HAK 1.2.2.1
013-3268562
09-7868999
adnanwm@mardi.gov.my
keluarga_wan8@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

SALASILAH KELUARGA

Biografi Haji Awang Kemachi

Nama sebenarnya ialah Haji Awang @ Haji Wan Nawang Bin Haji Ismail Bin Ludin. Keturunannya dikatakan berasal dari satu daerah di Yunan, Tanah Besar China. Dilahirkan di sekitar tahun 1864 dan meninggal dunia pada tahun 1924 dalam usia kira-kira 60 tahun.

Berbekalkan ilmu dan perwatakan yang terpuji, beliau diberi kepercayaan dan dilantik sebagai Imam Mukim Binjai pada tahun 1894 dalam usia yang masih muda iaitu sekitar 30an.
Di kalangan penduduk setempat, Al-Marhum Haji Awang dikenali sebagai seorang dermawan dan menjadi tempat rujukan bagi menyelesaikan pelbagai masalah setempat mereka. Tapak di mana tertegaknya Sekolah Kebangsaan Mentuan, Kubang Kerian adalah tanah warisan Al-Marhum. Selain daripada menjadi Imam mukim, Al Marhum juga terkenal sebagai pakar dalam bidang Ilmu Faraid. Beliau sering berulang-alik dari rumahnya di Kemachi ke Pejabat Kadi Kota Bharu bagi menyelesaikan kes berkenaan dengan harta pusaka.

Al-Marhum mempunyai empat orang isteri. Hal perkongsian hidup dengan isteri pertama yang bernama Mek, beliau dikurniakan empat cahaya mata iaitu; 1. Kalthom @ Domek, 2. Ahmad, 3. Zainab dan 4. Said. Dengan isteri kedua yang bernama Mek Puteh dikurniakan seorang puteri 5. Fatimah, manakala dengan isteri ketiga yang bernama Fatimah lahir pula seorang anak perempuan bernama 6. Mariam. Dengan isteri keempat beliau yang bernama Wan Mas mendapat tiga orang cahaya mata iaitu 7. Abd Rahman, 8. Daud dan yang bongsu 9. Sepiah

(Disediakan oleh Tn Hj Rapie bin Daud, cucu Al-Marhum Haji Awang Kemachi)