Monday, November 22, 2010

Majlis Pecah Tanah Tapak KAKPEM BHD @ Kemachi 7-Ogos-2010













2 comments:

  1. Salam... ada apa-apa perkembangan ke tentang KAKPEM BHD kita???? apa status sekarang?? kalau boleh tolong war-warkan... sebagai suntikan semangat kami-kami untuk menambahkan lagi saham... apa-apa pun, tahniah kepada semua ALK yang sentiasa bertungkus lumus untuk menjayakan projek ini. Semuga Allah S.W.T memberkatinya.... InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. Salam..baru-baru ni ada Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri 1433 H MASWAPEM Cawangan Lembah Klang kan??? Maaf la, tak dapat hadir, sebab adik ipar kahwin kat Johor... Terima kasih atas undangan...

    ReplyDelete

SALASILAH KELUARGA

Biografi Haji Awang Kemachi

Nama sebenarnya ialah Haji Awang @ Haji Wan Nawang Bin Haji Ismail Bin Ludin. Keturunannya dikatakan berasal dari satu daerah di Yunan, Tanah Besar China. Dilahirkan di sekitar tahun 1864 dan meninggal dunia pada tahun 1924 dalam usia kira-kira 60 tahun.

Berbekalkan ilmu dan perwatakan yang terpuji, beliau diberi kepercayaan dan dilantik sebagai Imam Mukim Binjai pada tahun 1894 dalam usia yang masih muda iaitu sekitar 30an.
Di kalangan penduduk setempat, Al-Marhum Haji Awang dikenali sebagai seorang dermawan dan menjadi tempat rujukan bagi menyelesaikan pelbagai masalah setempat mereka. Tapak di mana tertegaknya Sekolah Kebangsaan Mentuan, Kubang Kerian adalah tanah warisan Al-Marhum. Selain daripada menjadi Imam mukim, Al Marhum juga terkenal sebagai pakar dalam bidang Ilmu Faraid. Beliau sering berulang-alik dari rumahnya di Kemachi ke Pejabat Kadi Kota Bharu bagi menyelesaikan kes berkenaan dengan harta pusaka.

Al-Marhum mempunyai empat orang isteri. Hal perkongsian hidup dengan isteri pertama yang bernama Mek, beliau dikurniakan empat cahaya mata iaitu; 1. Kalthom @ Domek, 2. Ahmad, 3. Zainab dan 4. Said. Dengan isteri kedua yang bernama Mek Puteh dikurniakan seorang puteri 5. Fatimah, manakala dengan isteri ketiga yang bernama Fatimah lahir pula seorang anak perempuan bernama 6. Mariam. Dengan isteri keempat beliau yang bernama Wan Mas mendapat tiga orang cahaya mata iaitu 7. Abd Rahman, 8. Daud dan yang bongsu 9. Sepiah

(Disediakan oleh Tn Hj Rapie bin Daud, cucu Al-Marhum Haji Awang Kemachi)